
Pernah tak kita terfikir…ada saudara di Sudan yang bertahun-tahun tidak merasa daging korban?
Jom sertai Kempen Qurban & Aqiqah PASRelief 2026 di Sudan dan bantu saudara kita yang sedang berdepan krisis makanan serta peperangan.
Dua dunia yang berbeza, satu hari raya yang sama.

Mereka menanti, bertahun-tahun…
Sudan kini berdepan krisis kemanusiaan yang amat memilukan. Peperangan berpanjangan telah memusnahkan rumah, sumber pendapatan, dan harapan ribuan keluarga.
- Krisis perang yang berpanjangan dan tidak menentu
- Bekalan makanan terhad dan harga melambung tinggi
- Ramai keluarga tidak mampu membeli sebarang daging
- Kanak-kanak hidup dalam kekurangan zat makanan
- Hari raya korban bukan lagi hari kegembiraan

Kita pula… penuh persoalan.
Niat di hati ada, tetapi kebimbangan sentiasa menghantui. Adakah qurban kita benar-benar dilaksanakan? Adakah agihan sampai ke tangan yang sepatutnya?
- Kos qurban semakin mahal setiap tahun
- Risau sama ada qurban benar-benar dilaksanakan
- Was-was tentang agihan kepada penerima
- Sukar mencari agensi yang amanah & berpengalaman
Qurban Biasa vs Qurban Bersama PASRelief
- ✕ Tidak pasti lokasi pelaksanaan
- ✕ Tiada bukti pelaksanaan
- ✕ Agihan tidak telus
- ✕ Tiada sijil penyertaan
- Dilaksanakan terus di Sudan oleh team kami
- Bukti pelaksanaan dihantar kepada peserta
- Agihan telus kepada keluarga memerlukan
- Sijil penyertaan disediakan

“Bagi kita, mungkin sekadar lauk.Tetapi bagi mereka… itulah makanan paling bermakna yang dinanti bertahun-tahun.”
Kadang-kadang kita terlupa… ada insan di luar sana yang hanya mampu melihat orang lain menikmati daging korban dari jauh.
Kini Anda Boleh Hulurkan Harapan Buat Sudan
Kempen Qurban & Aqiqah PASRelief 2026 di Sudan — satu peluang untuk anda menyempurnakan ibadah dengan tenang, sambil memberi makna kepada satu keluarga.
Team Berpengalaman
Qurban dilaksanakan oleh team PASRelief yang sudah hampir 5 tahun menguruskan qurban antarabangsa.
Agihan Tepat Sasaran
Daging diagihkan terus kepada golongan asnaf dan keluarga yang benar-benar memerlukan di Sudan.
Pelaksanaan Telus
Setiap proses didokumentasikan dengan rapi dari penyembelihan sehingga ke agihan.
Mudah & Berpatutan
Hanya RM450 sebahagian. Pendaftaran online dalam beberapa minit sahaja.
Berpengalaman Menguruskan Qurban Antarabangsa
Hampir 5 tahun PASRelief menguruskan qurban antarabangsa di Sudan, Somalia, Mindanao, Palestin dan pelbagai lokasi lain.






Kenapa Qurban Bersama PASRelief?
Daging sampai kepada yang memerlukan
Bukti pelaksanaan disediakan
Sijil penyertaan disediakan
Dilaksanakan oleh team berpengalaman
Apa Kata Peserta Sebelum Ini
“Saya yakin dengan PAS Relief sebagai agensi pelaksana qurban.”
“Alhamdulillah & terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mengendalikan ibadah korban di sana… semoga segala urusan dipermudahkan.”
“Terima kasih banyak-banyak kerana mempermudahkan urusan ibadah korban kami pada kali ini.”
“Semoga segala urusan dipermudahkan. Terima kasih PASRelief sebab melaksanakan korban untuk saya. Pertama kali buat korban walaupun cuma pelajar.”
Sertai Qurban Dengan Tenang & Tanpa Ragu-Ragu
Satu bahagian, satu harapan. Daging anda akan menjamah ribuan keluarga di Sudan.
Penyertaan ditutup pada 21 Mei 2026 atau apabila kuota penuh.
- Mudah daftar secara online
- Pelaksanaan telus & terdokumentasi
- Agihan kepada golongan memerlukan di Sudan
- Sesuai untuk individu & keluarga
- Sijil penyertaan disediakan
- Bukti pelaksanaan dihantar kepada peserta
Pendaftaran selamat melalui pasrelief.org


Mungkin bagi kita RM450 hanyalah satu perbelanjaan biasa…tetapi bagi mereka di Sudan, ia menghadirkan senyuman, makanan dan harapan.
Jangan tunggu sehingga kuota penuh.
Kami Faham, Anda Mungkin Ada Persoalan
Bagaimana proses qurban dilaksanakan?
Qurban dilaksanakan oleh team PASRelief di Sudan mengikut keutamaan kawasan yang paling memerlukan. Setiap haiwan disembelih mengikut syariah dan diagihkan kepada keluarga asnaf.
Adakah saya akan menerima bukti pelaksanaan?
Ya. Setiap peserta akan menerima bukti pelaksanaan dalam bentuk gambar atau video selepas misi qurban selesai.
Bilakah sijil penyertaan diberikan?
Sijil penyertaan akan dihantar secara digital selepas pelaksanaan qurban di Sudan disempurnakan.
Adakah qurban ini patuh syariah?
Ya. Pelaksanaan qurban dipantau oleh pegawai syariah PASRelief dan dilakukan oleh penyembelih yang berkelayakan.
Bagaimana agihan dilakukan?
Daging diagihkan secara langsung kepada keluarga miskin, anak yatim, dan keluarga yang terjejas akibat peperangan di Sudan.